Saturday, 31 December 2011

SELAMAT DATANG 2012


2012...SELAMAT DATANG...

2012..SELAMAT TAHUN BARU... Lenyap lah sudah 2011 dan tinggal seribu kenangan... Suka dan Duka mengharungi 2011.. telah jauh pergi... dan mengharapkan yang terbaik dan lebih baik dikurniakan untuk tahun ini 2012.....

2011 DALAM KENANGAN

2011 --->>>> Semakin menjauhi.  Sedih pun ada untuk meninggalkannya.  Al maklumlah banyak kenangan pahit dan manis sepanjang tahun ini.  Meninggalkan nya bererti yang berlalu adalah KENANGAN.  Mainan perasaan segalanya dugaan allah ta'ala kepada ku namun aku menerimanya dengan pintu hati yang terbuka..dan atasinya dengan penuh kesabaran. Perasaan bergaul-maul untuk meninggalkan kenangan kerana mungkin kah aku akan bertemu dengan kenangan manis yg lalu dan meninggalkan kenangan pahit yg terpalit.

Enam bulan terlantar akibat kemalangan dan menyebabkan kaki patah mengajar aku mengenali hatibudi dan keakrapan dalam persahabatan.  Walau aku tidak boleh begerak bebas tapi rakan2 yg dikasihi menghiburkan aku.  Aku sentiasa ingat dan akan ku sematkan didalam hati pengorbanan rakan yg ku kasihi.

Percintaan---->>>> Aku bercinta kah? mmm tidak...tidak...tidak... Aku tak sampai ketahap tu lagi.  Aku hanya berhibur dengan orang2 di sekelilingku.  Perangai, telatah yg boleh mengingati mereka sampai bila2.  2011 banyak membawa cerita bekisarkan diri ku dan Hospital tp Aku tidak bercinta dengan orang di dalamnya tp aku hanya ada menyimpan perasaan geram dan marah dan menyebabkan aku merajuk sehingga sekarang..hehehehe. Apapun aku ngaku suka tengok muka Doktor yg merawat aku tu kakakaka.....Bagaimana pun dia membantu aku dan baik dgn aku.

Tp sejujurnya aku suka pada seseorang. Bukan suka apa...suka wajah dia...manis... Aku suka tengok dia dari dulu lagi. Walau begitu dia orangnya baik, budi pekerti tinggi, yang penting dia kelakar. Siapa orangnya....mmm hehehehehe Biarlah Rahsia.....Dalam tahun ni memang banyak chat ngan dia kat Fb. Tapi umpama macam abang je.... dulunya kawan sekerja. Tapi Aku dah lama tinggalkan bidang itu...

Kisah lain dalam tahun ni hanya berkisarkan suka duka waktu MC disebabkan kemalangan dan kenangan bersama-sama rakan2 yg banyak membantu juga Reunion bersama X Convent Tk Intan.