Saturday, 26 November 2011

Di Sudut hati.....

2011...Rayuan Perkeso... Aku ke Ipoh untuk menyelesaikan urusan ku dgn Perkeso.  Alhamdulillah.. aku berjaya menuntut claim perkeso dgn rayuan. Aku sebenarnya dah putus asa tp dengan galakan dan nasihat semua yg terlibat aku teruskan.  Aku bukan menidakkan keputusan Dr aku tu tp sebagai Pencarum Perkeso aku berhak menuntut.  Maaf lah Dr... aku tetap menghormati kamu Dr ku... Mmg lah aku merajuk tp bukan untuk selamanya... setidaknya pun dia banyak menolong ku dari cabang yg lain... Apa pun janji Rock...hehehehe

SABAR SEPARUH DARI IMAN......



Bukan senanag untuk menjadi seorang yang PENYABAR erti kata Cover luaran tidak sama dalaman yang menanggung kesedihan dan kecil hati.
Perakuan sebenar, Aku mempunyai rasa kecil hati pada seseorang.  Beliau adalah Doktor yang merawat dan menguruskan Kes KEMALANGAN Ku, yang mana melibatkan  KEPATAHAN TULANG KAKI SEBELAH KIRI KU.  Aku pendam sehingga dinihari.  
SECEBIS KERESAHAN........
  Bayangkan bila nama seolah-oleh di Black list dari awal... terkejut dan tersentak bila di beritahu.  Aku munda-mandir di buatnya.  Macam-macam rasa di dalam hati.  Marah pun ada.  Aku sabarkan diri agar tidak memusuhi.  Sebetulnya dia yang aku kenali seorang yang begitu baik.  Tak tahu mengapa dia bersikap begitu.  Takkan lah di sebabkan bertembung dengan aku sekali dua tu satu passport untuk dia buat begitu. Seharusnya dia tanya dan selidik dulu baru lah mengeluarkan keputusan yang sepatut dia wawarkan.  Aku punya sebab berjalan tapi hanya 2 kali je dia jumpa waktu aku dalam MC dan selainnya aku dah mula bertugas.

Sebenarnya Aku diberitahu oleh seseorang tentang hal aku tu.  Aku selama MC di bawah jagaan PERKESO.  Di sebabkan Medical Report tiada, beberapa bulan gak lah aku tiada bergaji kerana aku tidak dibenarkan mengambil gaji dari majikan, aku di bayar pampasan MC oleh PERKESO, tetapi untuk pembayaran kena ada Medical Report.  Aku terpaksa berusaha menemui Doktor berkenaan secepat mungkin kerana Medical Report tak ada.  Mungkin lah beliau tak berapa suka tapi maaf lah aku terpaksa.  Bayangkan dengan kaki yang patah aku terpaksa berulang alik KL...Teluk Intan.  Doktor berkenaan bukannya tahu.  Keluarga ku menetap di K.Lumpur jadi masa MC kemalangan aku berada di sana, di bawah jagaan keluarga.  Tapi kerana PERKESO aku terpaksa balik Tk Intan.

Masa Meeting PERKESO untuk claim kekal, aku kena berhadapan dengannya, dan waktu tu aku tak tahu apa-apa. Bila pihak perkeso bagi tarikh untuk menghadiri meeting aku pun pergi.  Aku pergi kerana atas Pengurusan Majikan tempat aku bertugas.. Pihak Majikan melapurkan kemalangan aku dan sekaligus aku berhak untuk memohon CLAIM dari PERKESO.  Sebabnya Kemalangan terjadi dalam waktu bertugas.  Tiada sebarang petikaian dan pernolakkan boleh di buat oleh pihak lain kerana aku berhak.  

Malangnya sikap Doktor yang aku menganggap gurauan masa dalam bilik meeting, rupanya telah memalukan aku.  Aku tak tahu.  Setelah diberitahu sehari selepas meeting berlangsung baru lah aku sedar gelagatnya waktu tu.   Malunya aku ditengah Pengarah Hospital...sepupu boss aku pulak tu dan kakitangan PERKESO...Doktor berkenaan merapu tp ku sangkakan gurauan...ngapa lah ada juga manusia yg begitu.  Aku menangis tambahan keputusan yg aku dapat 0%.  Sehingga sekarang aku biar je cakap2nya kepada semua orang....dia menyalahkan aku.  Biar lah tuhan tahu mcmana aku dan diri ku yang sebenar.  Aku tak marah jika bukan rezeki aku, tp yg aku SEDIH TU SIKAP NYA... Tapi aku terima keputusannya... 

 Menuding jari kepada orang lain bukan lah suatu keputusan yang baik, malah menghampirkan pemusuhan.  Allah ta'ala adil. dia berikan ganjaran sama rata terhadap umatnya.  Walau kamu berada di atas.. ketahuilah setiap manusia yang ada dimuka bumi ini mempunyai kelebihan dan ada juga kekurangan. Tak semestinya bila belajar tinggi, semua keputusan dan gaya hidup juga percakapan boleh diterima.........malah ada kala pemintak sedekah tu lebih mulia percakapannya bila di bandingkan....

Padamu Ku Bersujud ......


 

SALAM MA'AL HIJRAH.......



Alyah ~ ♫♫ Kisah Hati ♫♫ lirik

Friday, 25 November 2011

BUNGA MAWAR MERAH

KENALI AKU.......


PENGHIDUPAN KU.....


KETENANGAN  


KERIANGAN KU... 


JIWAKU ...DISINI....



Blog baru ku...yg lama telah di hapuskan... Harap Maaf...